dalam dunia nie hanya sorang jela insan bergelar wanita yang betul betul aku sayang, aku cinta,
die tidak penah mengenal erti berputus asa dalam ape jua yang ingin dilakukan. bersikap sederhana. berperwatakan peramah. sgtla penyayang tetapi ada kalanye over protecting. almaklumla ibu kite kn x kan nak lepaskan kite mcm tu je even kite nie da agak besar la. sehinggala kite nak berumah tangga nanti. itu pon die still bg nasihat dan sebagainye. betol x?
oleh kerana aku syg die sgt sgt, aku sanggup buat ape sahaja mengikut kehendaknye. aku sanggup menghabiskan duit aku semata mata tok die. ala setakat wang ringgit apela sgt dengan pengorbanan die kn. hmm... lagi satu, selepas aku blk dari kerja aku mesti nak jumpa die. ntahla beb, rasa tenang je hilang segala
kepenatan.diwaktu duka dan aku perlukan pertolongan die lah orang pertama yang akan membantu tanpa disuruh, dikala kesedihan die cm tau tau je dan org pertama akan menegur kita,
tu la keistimewaan seorang ibu.. ^.^
i love u mum.. aku x tau cm nak bgtau yg aku betol betol sayang kat die.
hanya Tuhan je yg tahu betapa aku sayang kat mak.
Ya Allah
rendahkanlah suaraku bagi mereka
perindahkanlah ucapanku di depan mereka
lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu Ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izikanlah mereka memberi syafa'at untukku.
tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan sentuhan-MU di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih
Amin Ya Rabbtul Alamin...
emak... uda sayang mak until the end of my life..
Terima Kasih Emak..
sincerely -uda-