[ MUHAMADFAIZLICHAI]
#2::adakah dia jodohku?::
Saturday 15 December 2012 03:07

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg maha penyayang...
segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kita dalam keadaan yang sempurna....
                                                                                                                                                                      

Assalamualaikum n hellow there :)
Seperti yang dijanjikan den akan sambung post yang lepas... huhu...
ok post kali ni den nak citer tentang perbezaan CINTA antara Lelaki dan Wanita petikan daripada buku yang sama  iaitu
Y a  A L L A H,  D i a k a h  J o d o h k u.. 
oleh pengarangnya BURHAN SODIQ



menurut buku ni terdapat 30 perbezaan Cinta antara Lelaki dan Wanita:

1. Bila seseorang perempuan itu membenci seseorang lelaki separuh mati itu tandanya perempuan tu pernah mencintainya sepenuh mati (hmm... ye ke ek?)

2. Seseorang lelaki itu berasa tidak mampu untuk menyimpan rahsianya daripada seorang wanita yang dicintainya

3. Seorang wanita yang berjaya asalnya dia pernah gagal dalam bercinta

4. First love perempuan tu merupakan hidup mati bg seorang perempuan 

5. Bila lelaki itu mengatakan "perempuan itu tidak mempunyai perasaan" itu tandanya lelaki itu suka akan perempuan itu

6. Cinta seorang lelaki bagaikn menulis diatas air atau paling besar menulis di aras pasir

7. Hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas, biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya

8.Bagi perempuan, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya; mencintai, dikecewakan kemudian bersedih

9. Banyak lelaki bunuh diri kerana cinta, tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak

10. Cinta adalah sebuah kisah yang di dalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan , sedangkan bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya

11. Dalam kehidupan seorang perempuan, ada suatu masa yang dia berasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya

12. Cinta: perempuan, lelaki dan larangan

13. Betapa pun seorang perempuan bermulut seribu, namun cinta mengajarnya diam

14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya

15. Dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya

16. Ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki, sekali kali dia tidak akan pernah merendahkannya

17. Dalam percintaan, lelaki adalah penyerang, perempuan yang bertahan

18. Dalam percintaan, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara, mencintainya terus menerus

19. Keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-bengkokkan terserah kepada orang yang dicintai

20. Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada perempuan, namun tidak dalam percintaan

21. Dalam percintaan, lelaki bak serigala yang ganas, berhati-hatilah! Perempuan, pula menyerahkan segala-galanya dan sedia berkorban

22. Cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak

23. Tidak ada yang mampu mencabut cinta dari hati seorang perempuan, selain cinta yang baru

24. Seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa org dia cintai

25. Cinta, merasuk pd jiwa seorang perempuan dalam hintungan detik yang penuh ketenangan dan takjub

26. Perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya, begitu juga lelaki

27. Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang perempuan bagai lembaran kertas yang tidak pernah habis

28. Kebahagian perempuan, ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya

29. Kala perempuan jatuh cinta, dia mulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka

30. Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri perempuan

ada banyak perkara yang perlu diketahui, adakah seorang lelaki tu sangat sangat mencintai seorang perempuan tu atau sebaliknya dan begitu juga dengan perempuan. Sudah tentu cinta seorang lelaki tu berbeza dengan perempuan. petanda cinta mencapai puncaknya adalah ketika seorang perempuan menunjukkan sikap tinggi hatinya, sedangkan lelaki, masih dengan sikap sombongnya. Secara normalnya lelaki tidak akan mgucapkan yang dia mencintai si perempuan itu sehingga la dia bertingkah laku yang dia mencintanya. dan sewaktu itu la perempuan perlu peka dan jika mencintainya juga tunjukkanla respon yang sesuai

All right.. sampai kat sini je ok.... InsyAllah nanti den kongsikan lg perkara2 yang best dan berguna tok korang semua...
Wasalam...




Hello there earthling ! You've hovered and stepped into dreamer's log , everything written here by yours truly. I love cheesecake , I love it .

follow them

| Kak wana mustache |
| Jijah Petai |
| Cik Izzati cute |
| Syazrin towards HIM



⟨ oldernewer ⟩